CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, August 8, 2011

Tugu Negara

Weekend aritu kami bertiga ke Tugu Negara. Ini rombongan yang ntah ke berapa dah,tapi tak diupload coz camera repair. So dibulan puasa yang penuh keberkatan ni,aku pun menuju lah ke sana.Lagi pun bulan ni kan bulan kemerdekaan. Barulah berkobar semangat patriotik aku. Sayu rasa bila tengok tugu tu.Ada yang pegang senapang, pisau dan juga terlentang tanda tumpas.  Teringat atuk nenek kita dulu, betapa susahnya menentang komunis. Masa aku sampai sana, aku je yang bertudung, yang lain semuanya tayang rambut dan mata sepet. Bukan cina, tapi jepun atau korea kot. terdetik dalam hati aku, makhluk-makhluk korang lah yang datang menjahanamkan negara aku dulu,sekarang terhegeh-hegeh datang tengok apa yang korang buat pada tok nenek aku dulu.sabar..sabar... nasib baik buah hati pengarang jantung aku pujuk,cool lah sikit. Dah lah bebel banyak-banyak,layan gambar kami..












Tuesday, July 12, 2011

Rindu oh rindu..

Ye,memang aku tengah dilamun rindu sekarang ni..rindu yang teramat sangat.kat sape yek??sape lagi mak dan ayah aku la..kata orang kalu kita rindu kat orang tu,orang tu lagi lagi rindu kat kite..yeke?? ye kot.. ekceli aku dah 2 bln lebih tak balik kampung. Aku rasa dah tak keruan macam nak meroyan....tak pernah-pernah aku lama tak balik kampung.biasanya 1bulan sekali. tak pe, aku tabahkan hatiku ini.My hubby lah,sibuk memanjang..minggu lepas footsal,minggu ni badmnton,minggu depan bowling..minggu depan sekali lagi rombongan ke kelantan plak..adussss jadual dia penuh. Sakit hati rasa...Tapi aku betul-betul teringat kan kampung halaman..nak makan makanan yang mak masak,air yang mak buat..nak tengok kebun sayur nya yang dah macam cameron hingland dengarnya, dan yang penting suasana kat kampung tu......aaaaah macam mane aku nak balik ni....haaaaah??balik tanpa hubby????ooohhhh tidaaaakkkk...terang-terang hubby tak benarkan..sebenarnya aku pun tak nak..susah nak handle si kecik tu.
Akan ku cuba pujuk hati hubby ku biar dia cair dengan kata-kata hikmat dari ku...hahahahh siap kamu malam nanti...aku harap minggu ni aku dapat balik..cayuk cayuk...



aku memang sedih tapi tak delah menangis sampai air mata darah macam ni..

Tengok baby pun ada perasaan sedih..


air mata aku tak lah cantik macam ni..


Sunday, July 3, 2011

Bila anakku ke dapur...

Bila danish ke dapur, macam mana jadinye yek???mesti kamu boleh bayangkan kan????hakhakhak... ye seperti yang dijangka..habis hancus dapur ku..baru setengah jam aku terlelap..adusss... tak yah banyak cite layan je gambor kat bwah...

Jom kite tengok apa Mama simpan dalam ni..

ooooiiii... macam-macam ada rupanya.... kite teruskan misi ini..

taraaaaa tengoklah semua...misi 1 dah jumpa...

banyak juga puyuk Mama ni..nak tau tak,ade lagi dalam tu...


ye,inilah yang dicari-cari.Misi berjaya..saya lapar,Mama tak masak lagi,
itu yang cari beras nak masak sendiri.( Model beras cap Rambutan)

Macam mana nak buka beras ni ek??kat sini kot..tp tk reti..pangil Mama lah..
MaaaMaaa...saya laaapaar....

Monday, February 7, 2011

Indah khabar dari rupa...

Selamat bersiaran.Dah lama tak berkumandang..eh eh macam radio lah plak ye heee...Petang semalam kami sekeluarga pegi makan pizza.Ntah macam mane tekak rasa nak makan benda alah tu..rasanya pengaruh tv kot..so kami pun bergerak lah ke alamanda.sampai sana kami pun orderlah pizza yang baru.hati dah tak sabar nak 'ngap' pizza tu.coba korang tengok gambar kt promo ni..peeergh tergoda...15 minit menunggu,datanglah pizza yang kami pesan..pertama kali tengok pizza tu,mulut ku dengan lancar je berkata "hampeh"...tau tak kenapa??? tengok pic bawah ni..
>
>
>
>
>
>
>
>

ni pizza yang aku makan
Heee dah tinggal separuh baru igt nak snap..


tapi yang ditayangkan kat tv dan kat mane2 yang depa suka macam ni...
>
>
>
>
>
>
>

nah

ni yang duk canang kt tv...set untuk 2 org RM 29.00



Amboi bukan main banyak lagi emping jagung kat tepi dan tengah tu..pastu lada benggala bertaburan disana sini..amat menggiurkan bagi aku..tapi yang aku makan tu boleh bilang emping jagung nyeeee....pastu lada benggala plak berebut dengan my hubby..eeeeee memang tak puas hati langsung..
kot ye pun nk promot agak2lah..klu dah tak mampu nak buat seperti yang ditayangkan, tak yah duk canang macam tu..buat sakit hati jeee..
Aku makan dengan hati yang selenge je....nak buat macam mana dah beli so, bedal jelah...terbang duit aku rm 42.00..
So, moral of the story, jangan duk bedal je tengok dulu baru order,ok..bagi kawan2 yang nak merasa pizza yang baru ni renung-renungkanlah yee...selamat beramal eh eh eh selamat mencuba..





















Friday, January 21, 2011

Ada kebakaran

Ini kisah malam semalam (hari rabu malam khamis)kat blok aku ada berlaku kebakaran dalam kol 10 lebih dah...My hubby cal dari tempat keje(dia shif malam) suruh keluar dan bagi tau jiran2 yang lain.Macam mana dia yang duk shah alam boleh tau,aku yang kat umah relak je..rupanya kawan dia kat tingkat 5 bagitau (Azli).Sambil menggigil tangan ku dail no Mai(jiran sebelah) pastu cal fais jiran depan umah bagitau hal tu.tu aje jiran yang sempat ambik no telefon.Tapi yang peliknya takde bau asap pun.hanya si fais je yang terhidu bau asap. so kitorang pun berkumpul depan umah merangkap depan lift.Faizal (suami Mai) dah turun bawah dah.Tengaok ape yang berlaku.10minit kemudian bomba dan Polis sampai.Hasil soal siasat oleh abang polis dan abang bomba,rupanya adalah makhluk Allah kat tingkat 6 duk bakar kertas kat ruang tamu..nasib baik bakar kertas,klu dibakarnya rumah para jadinya..punyalah sengal..abang bomba masuk umah tu,tak sampai 5 minit keluar balik.tak tahan bau asap kertas.sampai merah-merah  mata diorang..tapi yang herannya makhluk Allah yang sedang bakar kertas tu dengan selamba je duk dalam rumah tu..macam takde apa-apa yang berlaku..Abang polis dan abang bomba dah cuak dah..diorang ambik keterangan pastu blah..balik balai masing-masing..eeee makhluk Allah ni pun satu,agak-agaklah nk bakar kertas pun.nanti apa-apa hal bukan ko sorang yang kena satu apartment kena..eee bengang betul aku..kata si faizal,orang tu macam kureng sikit..oooo patutlah macam tu..

Wednesday, January 19, 2011

Tahukah anda???




Nama Saintifik: Arthrospira platensis

Spirulina ialah sejenis tumbuhan air yang mengandungi hanya satu sel sahaja. Oleh itu, ia tidak mempunyai akar, daun, bunga dsb. Ia adalah dari kumpulan algae dan berbentuk spiral (Sebab itulah ia dinamakan spirulina – bermakna spiral yang kecil). Ia tumbuh di dalam air yang beralkali (melebihi pH 8).
Algae adalah makanan yang terletak di bahagian bawah ‘food chain’ (rangkaian pemakanan), oleh itu ia mengandungi banyak tenaga. Algae seperti spirulina, chlorella dan AFA (aphanizomenen flos aqua) sudah hidup berbillion tahun. Ada yang mengatakan ia telah hidup sejak 3.6 billion tahun yang lalu. Pengambilan spirulina telah diamalkan oleh kaum kuno Aztecs di Mexico sejak dahulu lagi.
Spirulina berwarna hijau gelap. Warna ini disebabkan oleh kombinasi chlorophyll (hijau), phycocyanin (biru) dan carotenoids (oren). Warna-warna yang berlainan ini menyerap tenaga yang berlainan dari cahaya matahari.
Meskipun dari kumpulan yang sama ada beberapa perbezaan dari segi kandungan antara algae-algae ini. Contohnya, dinding sel spirulina lebih lembut berbanding dengan chlorella, oleh itu spirulina lebih mudah dicerna. Rencana di bawah ini hanya menyentuh mengenai spirulina sahaja.

Kandungan

Spirulina mengandungi 65% protein – 8 essential asid amino dan 10 nonessential asid amino. Asid amino membentuk protein, essential asid amino adalah asid amino yang tidak diperbuat di dalam badan, oleh itu ia harus diambil melalui pemakanan. Ada 8 jenis essential asid amino dan 12 jenis nonessential asid amino. Kandungan ini adalah lebih daripada yang terdapat di dalam soya beans, ikan, daging, taufu fa atau telur. Kandungan protein dari spirulina adalah lebih mudah dihadamkan (95%) berbanding daripada sumber hawan (20% sahaja penghadaman).
Berbeza dengan makanan dari binatang, sumber dari tumbuhan ini tidak mengandungi kolesterol dan mempunyai kalori yang lebih rendah. Dalam 10g spirulina hanya sebanyak 36 kalori tenaga dihasilkan.
Mineral di dalam spirulina termasuklah kalsium, zat besi, magnesium, manganese, phosphorus, selenium dan zink. Mineral yang terdapat di dalam spirulina adalah dalam bentuk ‘chelated’. Bentuk ini adalah lebih mudah digunakan oleh badan kita.Kandungan zat besi di dalam spirulina adalah lebih tinggi daripada sayuran hijau yang lain atau hati lembu. Zat besi ini penting dalam pembentukan darah.Secara ringkasnya, kalsium penting untuk tumbesaran tulang dan gigi. Zink pula penting dalam memastikan fungsi-fungsi enzim berjalan dengan sempurna di samping menguatkan sistem imune badan kita.
Chlorophyll yang didapati di dalam spirulina adalah lebih tinggi berbanding dengan alfalfa atau wheat grass. Struktur chlorophyll menyerupai struktur darah. Perbezaannya, dalam darah ada mineral besi (iron) menyebabkannya berwarna merah, manakala chlorophyll ada mineral magnesium menyebabkannya berwarna hijau. Chlorophyll juga dikenali sebagai ‘darah hijau’. Chlorophyll dikenali sebagai pembersih darah.
Beta carotene (vitamin A) dalam spirulina adalah lebih banyak daripada yang terdapat dalam karrot segar. Di samping baik untuk mata, vitamin A adalah sejenis anti-oksidant yang berupaya melawan ‘free-radicals’, oleh itu ia membantu melawan dan mencegah sel-sel kanser. Selain daripada beta carotene, spirulina juga mengandungi anti-oksidant lain iaitu vitamin E, selenium, zat besi, zink dan phycocyanin (lihat di atas – bahan ini memberikan warna biru pada spirulina). Kandungan vitamin E di dalam spirulina adalah lebih tinggi daripada sumber utama vitamin E wheat germ. Vitamin E, selain sebagai anti-oksidant, memberi tenaga pada anda.
Phycocyanin (bermakna algae biru) yang terdapat di dalam spirulina mengandungi iron (besi) dan magnesium – cuba bandingkan dengan struktur chlorophyll dan darah (sila lihat di atas).
B 12 nya adalah lebih tinggi daripada hati lembu mentah. Vitamin B 12 memberikan tenaga, baik untuk pertumbuhan dan saraf. Vitamin B 12 adalah vitamin yang penting bagi vegetarian (orang yang tidak makan daging).
Spirulina juga mengandungi B kompleks.
GLA di dalam spirulina membantu bagi mereka yang bermasalah kolesterol yang tinggi, tekanan darah tinggi, sakit sendi (arthritis), eczema dan yang berkaitan dengan masalah haid. GLA hanya didapati di dalam susu ibu dan beberapa tumbuhan seperti evening primrose oil (EPO), blackcurrant dan biji borage (borage seeds).

Kegunaan

  • sumber pemakanan yang kaya dengan pelbagai zat.
  • pembersih darah dan pembuangan toksin. Kajian di Russia mendapati spirulina mengurangkan kesan-kesan daripada radiasi sebanyak 50% setelah diambil selama 45 hari.
  • mengurangkan keasidan badan akibat pengambilan makanan berasid seperti gula, kopi, soda dsb. Ini kerana spirulina tumbuh di dalam media yang beralkali.
  • membuang toksin di dalam hati dan buah pinggang.
  • membantu pengurangan berat badan di samping menambah kadar metabolisma. Asid amino phenylalanine mungkin boleh membantu dalam proses mengurangkan berat badan. Bagaimanapun, tidak semua pengkaji sependapat bahawa spirulina penting atau berkesan untuk mengurangkan berat badan.
  • menguatkan sistem imune (daya menentang penyakit) – Spirulina didapati meningkatkan kadar macrophages dan sel-T iaitu sel yang penting dalam proses imune ini. Kajian in vitro (dalam makmal, bukannya dalam badan manusia) di Jepun mendapati spirulina berupaya menghalang pertumbuhan sel-sel HIV-1, herpes, flu, beguk dan measles. Proses ini mungkin dibantu oleh sulfolipids yang terdapat di dalam spirulina.
  • membersihkan perut dengan membuang toksin di dalamnya dan menyebabkan bakteria-bakteria baik dapat hidup dengan lebih baik. Bakteria yang baik ini menyebabkan penyerapan zat-zat pemakanan ke dalam badan meningkat. Bakteria baik (dipanggil probiotik) ini juga akan mengurangkan jumlah bakteria yang jahat, yang menyebabkan pelbagai jenis penyakit seperti dari species E.coli dan sebagainya. Masalah sembelit juga mungkin boleh diatasi dengan pengambilan spirulina.
  • mengurangkan kadar kolesterol dan sakit-sakit yang berkaitan. Spirulina meningkatkan kolesterol baik dan menurunkan kolesterol jahat (LDL).
  • mengurangkan radang arthritis (sakit sendi). Pesakit arthritis juga mungkin mendapat manfaat kerana sifat spirulina yang menguatkan sistem imune.
  • merangsang thyroid
Perkara-perkara lain
  • Spirulina selalunya diambil dalam kuantiti yang sedikit. Oleh itu kegunaannya sebagai sumber protein mungkin tidak begitu ketara.
  • Spirulina mengandungi gula tetapi ia adalah dalam bentuk rhamnose (dan glycogen). Oleh itu pesakit kencing manis tidak menghadapi masalah mengambilnya.
  • Jumlah yang perlu diambil untuk memberikan kesan-kesan baik kesihatan adalah tinggi. Dalam erti kata lain, pengambilan yang banyak adalah perlu sebelum kesan baik dapat dilihat.
  • Spirulina adalah selamat untuk wanita mengandung malah pengambilannya boleh digalakkan. Ia mengandungi zat besi yang baik untuk pembinaan darah.
  • Ada percanggahan di antara pengkaji mengenai kehadiran vitamin B 12 yang terdapat di dalam spirulina (B 12 tidak terdapat dalam tumbuhan lain). Ada yang mengatakan ia datang dari haiwan seperti serangga yang banyak terdapat dalam tempat ternakan spirulina.
  • Ada jenis algae yang mengandungi toksin seperti microcystin. Ia boleh menyebabkan cirit-birit dan pening-pening dan membawa mudarat kepada kesihatan. Pastikan anda mengambil spirulina dari syarikat yang berwibawa sahaja.
  • Pengambilan spirulina adalah sebagai supplement sahaja. Oleh itu sekiranya anda ada mengambil apa-apa ubat, anda hendaklah meneruskannya. Pengambilan yang disyorkan ialah sehingga 5 gram sehari.

Tuesday, January 11, 2011

Mood menghilang..

Minggu ni rasa macam tak best je nk keje..semalam dah el,tak sihat badan..Demam, batuk dan selsema, complete pakage.mulalah badan rasa lemah dan lemau je..macam biskut mery masuk angin.Macam mane nak uruskan si kecik ni???Pagi tadi, kol 5.00pg pegi emergency, tiba2 semput.terus bagi nebulazer..tk pernah plak aku semput sebelum ni...Dr kate mungkin disebabkan oleh batuk n selsema..si abah kendonglah si kecik yang masih tidur..kesian si kecikku..nasib baik abah keje pagi kalau tak susah jg tu.Dalam sejam jg lah aku di nebulazer kan..lega ckt badan..ape pun munggu ni keje tak best..mood kelaut jeee

                                                               tapi



hati berbunga riang sebab weekand ni nk balik kampung..yahooo..walaupun just 2 hari je, ia begitu bermakna bagi aku dan si kecikku...eeeee tak sabarnye..