CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, January 19, 2011

Tahukah anda???




Nama Saintifik: Arthrospira platensis

Spirulina ialah sejenis tumbuhan air yang mengandungi hanya satu sel sahaja. Oleh itu, ia tidak mempunyai akar, daun, bunga dsb. Ia adalah dari kumpulan algae dan berbentuk spiral (Sebab itulah ia dinamakan spirulina – bermakna spiral yang kecil). Ia tumbuh di dalam air yang beralkali (melebihi pH 8).
Algae adalah makanan yang terletak di bahagian bawah ‘food chain’ (rangkaian pemakanan), oleh itu ia mengandungi banyak tenaga. Algae seperti spirulina, chlorella dan AFA (aphanizomenen flos aqua) sudah hidup berbillion tahun. Ada yang mengatakan ia telah hidup sejak 3.6 billion tahun yang lalu. Pengambilan spirulina telah diamalkan oleh kaum kuno Aztecs di Mexico sejak dahulu lagi.
Spirulina berwarna hijau gelap. Warna ini disebabkan oleh kombinasi chlorophyll (hijau), phycocyanin (biru) dan carotenoids (oren). Warna-warna yang berlainan ini menyerap tenaga yang berlainan dari cahaya matahari.
Meskipun dari kumpulan yang sama ada beberapa perbezaan dari segi kandungan antara algae-algae ini. Contohnya, dinding sel spirulina lebih lembut berbanding dengan chlorella, oleh itu spirulina lebih mudah dicerna. Rencana di bawah ini hanya menyentuh mengenai spirulina sahaja.

Kandungan

Spirulina mengandungi 65% protein – 8 essential asid amino dan 10 nonessential asid amino. Asid amino membentuk protein, essential asid amino adalah asid amino yang tidak diperbuat di dalam badan, oleh itu ia harus diambil melalui pemakanan. Ada 8 jenis essential asid amino dan 12 jenis nonessential asid amino. Kandungan ini adalah lebih daripada yang terdapat di dalam soya beans, ikan, daging, taufu fa atau telur. Kandungan protein dari spirulina adalah lebih mudah dihadamkan (95%) berbanding daripada sumber hawan (20% sahaja penghadaman).
Berbeza dengan makanan dari binatang, sumber dari tumbuhan ini tidak mengandungi kolesterol dan mempunyai kalori yang lebih rendah. Dalam 10g spirulina hanya sebanyak 36 kalori tenaga dihasilkan.
Mineral di dalam spirulina termasuklah kalsium, zat besi, magnesium, manganese, phosphorus, selenium dan zink. Mineral yang terdapat di dalam spirulina adalah dalam bentuk ‘chelated’. Bentuk ini adalah lebih mudah digunakan oleh badan kita.Kandungan zat besi di dalam spirulina adalah lebih tinggi daripada sayuran hijau yang lain atau hati lembu. Zat besi ini penting dalam pembentukan darah.Secara ringkasnya, kalsium penting untuk tumbesaran tulang dan gigi. Zink pula penting dalam memastikan fungsi-fungsi enzim berjalan dengan sempurna di samping menguatkan sistem imune badan kita.
Chlorophyll yang didapati di dalam spirulina adalah lebih tinggi berbanding dengan alfalfa atau wheat grass. Struktur chlorophyll menyerupai struktur darah. Perbezaannya, dalam darah ada mineral besi (iron) menyebabkannya berwarna merah, manakala chlorophyll ada mineral magnesium menyebabkannya berwarna hijau. Chlorophyll juga dikenali sebagai ‘darah hijau’. Chlorophyll dikenali sebagai pembersih darah.
Beta carotene (vitamin A) dalam spirulina adalah lebih banyak daripada yang terdapat dalam karrot segar. Di samping baik untuk mata, vitamin A adalah sejenis anti-oksidant yang berupaya melawan ‘free-radicals’, oleh itu ia membantu melawan dan mencegah sel-sel kanser. Selain daripada beta carotene, spirulina juga mengandungi anti-oksidant lain iaitu vitamin E, selenium, zat besi, zink dan phycocyanin (lihat di atas – bahan ini memberikan warna biru pada spirulina). Kandungan vitamin E di dalam spirulina adalah lebih tinggi daripada sumber utama vitamin E wheat germ. Vitamin E, selain sebagai anti-oksidant, memberi tenaga pada anda.
Phycocyanin (bermakna algae biru) yang terdapat di dalam spirulina mengandungi iron (besi) dan magnesium – cuba bandingkan dengan struktur chlorophyll dan darah (sila lihat di atas).
B 12 nya adalah lebih tinggi daripada hati lembu mentah. Vitamin B 12 memberikan tenaga, baik untuk pertumbuhan dan saraf. Vitamin B 12 adalah vitamin yang penting bagi vegetarian (orang yang tidak makan daging).
Spirulina juga mengandungi B kompleks.
GLA di dalam spirulina membantu bagi mereka yang bermasalah kolesterol yang tinggi, tekanan darah tinggi, sakit sendi (arthritis), eczema dan yang berkaitan dengan masalah haid. GLA hanya didapati di dalam susu ibu dan beberapa tumbuhan seperti evening primrose oil (EPO), blackcurrant dan biji borage (borage seeds).

Kegunaan

  • sumber pemakanan yang kaya dengan pelbagai zat.
  • pembersih darah dan pembuangan toksin. Kajian di Russia mendapati spirulina mengurangkan kesan-kesan daripada radiasi sebanyak 50% setelah diambil selama 45 hari.
  • mengurangkan keasidan badan akibat pengambilan makanan berasid seperti gula, kopi, soda dsb. Ini kerana spirulina tumbuh di dalam media yang beralkali.
  • membuang toksin di dalam hati dan buah pinggang.
  • membantu pengurangan berat badan di samping menambah kadar metabolisma. Asid amino phenylalanine mungkin boleh membantu dalam proses mengurangkan berat badan. Bagaimanapun, tidak semua pengkaji sependapat bahawa spirulina penting atau berkesan untuk mengurangkan berat badan.
  • menguatkan sistem imune (daya menentang penyakit) – Spirulina didapati meningkatkan kadar macrophages dan sel-T iaitu sel yang penting dalam proses imune ini. Kajian in vitro (dalam makmal, bukannya dalam badan manusia) di Jepun mendapati spirulina berupaya menghalang pertumbuhan sel-sel HIV-1, herpes, flu, beguk dan measles. Proses ini mungkin dibantu oleh sulfolipids yang terdapat di dalam spirulina.
  • membersihkan perut dengan membuang toksin di dalamnya dan menyebabkan bakteria-bakteria baik dapat hidup dengan lebih baik. Bakteria yang baik ini menyebabkan penyerapan zat-zat pemakanan ke dalam badan meningkat. Bakteria baik (dipanggil probiotik) ini juga akan mengurangkan jumlah bakteria yang jahat, yang menyebabkan pelbagai jenis penyakit seperti dari species E.coli dan sebagainya. Masalah sembelit juga mungkin boleh diatasi dengan pengambilan spirulina.
  • mengurangkan kadar kolesterol dan sakit-sakit yang berkaitan. Spirulina meningkatkan kolesterol baik dan menurunkan kolesterol jahat (LDL).
  • mengurangkan radang arthritis (sakit sendi). Pesakit arthritis juga mungkin mendapat manfaat kerana sifat spirulina yang menguatkan sistem imune.
  • merangsang thyroid
Perkara-perkara lain
  • Spirulina selalunya diambil dalam kuantiti yang sedikit. Oleh itu kegunaannya sebagai sumber protein mungkin tidak begitu ketara.
  • Spirulina mengandungi gula tetapi ia adalah dalam bentuk rhamnose (dan glycogen). Oleh itu pesakit kencing manis tidak menghadapi masalah mengambilnya.
  • Jumlah yang perlu diambil untuk memberikan kesan-kesan baik kesihatan adalah tinggi. Dalam erti kata lain, pengambilan yang banyak adalah perlu sebelum kesan baik dapat dilihat.
  • Spirulina adalah selamat untuk wanita mengandung malah pengambilannya boleh digalakkan. Ia mengandungi zat besi yang baik untuk pembinaan darah.
  • Ada percanggahan di antara pengkaji mengenai kehadiran vitamin B 12 yang terdapat di dalam spirulina (B 12 tidak terdapat dalam tumbuhan lain). Ada yang mengatakan ia datang dari haiwan seperti serangga yang banyak terdapat dalam tempat ternakan spirulina.
  • Ada jenis algae yang mengandungi toksin seperti microcystin. Ia boleh menyebabkan cirit-birit dan pening-pening dan membawa mudarat kepada kesihatan. Pastikan anda mengambil spirulina dari syarikat yang berwibawa sahaja.
  • Pengambilan spirulina adalah sebagai supplement sahaja. Oleh itu sekiranya anda ada mengambil apa-apa ubat, anda hendaklah meneruskannya. Pengambilan yang disyorkan ialah sehingga 5 gram sehari.

0 comments:

Post a Comment

Tulislah sesuatu daripada membisu